jari tak sampai mahu peluk tubuh,
niat mahu tenangkan diri,
mahu lap air mata mengalir ini.
sedih, lihat mereka membunuh sesama sendiri,
tidak dgn pisau atau parang,
tapi guna senjata paling tajam,
kata-kata lidah tak bertulang.
berhentilah bertegang leher,
berhentilah!
sungguh sayang, puluhan tahun bersulam kasih,
musnah segalanya ranap,
kerana pertelingkahan sebesar zarah