rakan sahabat kawan

saya ada kawan perempuan
yang memiliki sahabat baik perempuan.

kawan perempuan saya sering menangis di bahu,
bercerita, lepas marah, minta tolong, minta jasa dari
sahabat baiknya yang setia tak pernah berdusta

bila sahabat baiknya cuma mahu pinjam bahu
kawan perempuan saya itu hilang entah kemana.
tinggal sahabat baiknya meratap merana
tanpa bahu untuk dibasahi.


dan aku yang melihat mereka terdetik dalam hati
''kawan ketawa bersama merata, kawan menangis bersama nak jumpa bagai permata''

No comments: