for the sake of love

Put your hands up
Reach up high
Let the wind blow
Let the soul go
on the land of His
and on a good pathway
May Allah bless the life of ours


SAVE EGYPT!

langit pilu

Sedih pilunya langit
Tak berhenti menangis dari tempoh hari
Matahari tak larat lagi mahu memujuk
Tetap mengalir air mata renyai

Sedih ia barangkali
Melihat kita
Seperti tiada tahu
dunia makin tidak berseri
bumi hampir mati

Kita masih berbuntang mataa demi duniawi.
Lupa pada yang hakiki

HAPPY BIRTHDAY NADIA HASLINDA 28011991

happy birthday to Nadia Haslinda (myself)

Wish list:
-mendoakan agar dimurahkan rezeki, kesihatan yg baik, kesejahteraan hidup, mendapat hidayahnya dan umur yg panjang. Aminn

-mendoakan seluruh saudara seislamku dalam keadaan baik.

-mendoakan rakyat malaysia tidak terus ditindas dijajah dipijak sepwrti yg berlaku sekarang ni.

-kereta sebijik. Sebijik je. X byk pon hekk

*tak salah wish diri sindirikan?*

internet

alam maya
Siap saja boleh jadi ratu bergaya
Raja segala negara
Pendeta hebat menipu dunia

Cuma dalam alam nyata
Kau hanyalah seseorang yang duduk diatas kerusi usang,
Menatap alam maya yang kau sanjungkan pagi dan petang,

Yang kau tak mampu tentukan
Yang kau tak mampu bentukkan
Seperti dalam alam maya
Dimana dunianya terletak dihujung jari kau seorang

kanta lekap ilusi

andai ada kanta lekap ilusi,
yang dapat membutakan mataku dari segala realiti,
akan aku usaha untuk beli, untuk cari,
walau berjuta harga walau sejauh angkasa

kerna
aku tak mampu membawa seluruh diri keluar dari alam nyata
jika hanya mampu mata ini dibawa lari,
akan ku pakai kanta lekap ilusi sampai bila-bila
biar hanya nampak ilusi
yang dimana aku yang menentukan segala isi patri

Ada Apa Dengan Cinta

Ku lari ke hutan kemudian menyanyiku
Ku lari ke pantai kemudian teriak ku
Sepi.. Sepi dan sendiri aku benci
Aku ingin bingar
Aku mahu di pasar
Bosan aku dgn penat dan
Nyah saja kau pekat
Seperti berjelaga jika ku sendiri
Pecahkan saja gelasnya biar ramai
Biar mengaduh sampai gaduh
Ada malaikat menyulam jaring labah-labah belang di tembok ratun putih
Kenapa tak digoncangkan saja locengnya
biar terderah
Atau aku harus lari ke hutan belok ke pantai?


*terlalu kagum akan puisi ini

awam

yang aku sering lakukan

Adalah melihat orang melintas jalan, lalu aku bertanya sendirian, bagaimana kisah cinta dia?

melihat orang turun dari bas, lalu bertanya lagi, pernahkah dia jatuh cinta?

Melihat orang naiki jejantas, bertanya hati ini, siapa yang dikasihinya?

Melihat disekeliling dunia. Penuh hati yang bercinta, juga yang menderita.


Dunia.

no wonder lahh

Gelapnya hati kamu
Tak nampak apa
Mengapa enggan kau terangi?
Ingin sekali aku lihat nama aku
Penuhi ruangan ini

Biar aku nyalakan api. Agar nampak aku segalanya.

.....................................

Oh..
Bukan nama aku seorang
Ada disini.
Patutlah..
kau gelapkan dari pandangan aku.




Sial