heart

i wanna be your aorta
Soo that you can't live without me :)

makan jantan

lepas puas kau dipuaskan oleh dia.
Lalu kau makan dirinya, perlahan, kenyang.

Damn! Black widow.

erghh!

erghh!
peredaran udara yang tiada
Tolong, sempit himpit kepit sungguh kau genggami aku.

Maaf, jangan terlalu ketat aku mohon
Agar tidak mati aku dalam dakapanmu

Atau..
Akan aku rentap diri ini
Agar terus lepas dari tangan itu?

puitis

dan bila

bercakap gunakan mata
Mendengar gunakan mulut
Memandang gunakan telinga
Berfikir gunakan hati

Hati yang tuli
Telinga yang pekak
Mulut yang bisu
Mata yang kabur

Segala perjalanan kelam tanpa tujuan
Dan dendam kesumat melekat pada jiwa.
Bahaya!

i heart u

Saya cinta kamu - malay

i love you - english

Wo ai nie - chinese

Ai shi teru - japan

Ich liebe dich - german

Je t'hem - france

Te amor - spanish

Mahal kita - philiphine

Ya lyublyu tebya - russian

Sarang ey yo - korea

Eu te amo - portugal

Ik houd van u - dutch

Ana behibek - arab

Moi tomak bhal pau - assyrian

Ami thomay bhalo bashi - bangla

Quechua qhanta munani - roman

Obicham te - bulgarian

Sh'teme - canadian

Chit pa de - burmese

Miluji te - czech

S' agapo - greek

Ani ohev otach - hebrew

Mai tumse pyar karti hoon - hindustani

Szeretlek - hungarian

Taim i' ngra leat - irish

Kocham chie - polish

Volim te - bosnia

Lubim te - serbian

Te queiro - old spanish

Jag a'lskar dig - turkish

Ngiyakuthanda -african

Anh ye'u em- vietnamese
hai orang sebelah

15 tahun kita berjiran

Dari kecil hingga besar

Dari hingusan hingga dewasa

Eh, aku mahu tanya..

Nama kamu siapa??

*inilah komuniti kejiranan zaman kini.

terkedu

saya suka

Lihat muka kamu

Yang terdiam

Bila kamu

Lihat

Muka saya.

*walau saya tahu.. Saya tidak secantik mana.

uda dara

uda janji manis
Dara senyum menggoda

Uda pelawa bercanda
Dara ikutkan sahaja

Uda sentuh diri
Dara rasa bahagia

Dara mengandung kini
Uda ketawa bangga

dara menangis seorang diri
Uda hilang entah kemana.

kunci sakti

Nah,
Ini kunci hati saya.
Saya serahkan pada kamu.

Tetapi,
Tak bererti kamu boleh
Keluar masuk sesuka hati

Pintunya rapuh
Hanya boleh buka sekali
Tutup juga sekali.

kamu masuk ya?
Dan jangan cuba keluar lagi :)

ikhlas tapi jauh

kau..

lapah
Kekah
Siat
Lahap
Cicah
Kerat
Ratah

Sahaja maruah aku,
berulamkan jantung aku,
Juga bertegukkan air mata aku

Sehingga kau kenyang, puas, enak
Dan bila kau lapar lagi,
Akan ku hidang ini semua
Untuk santapan kau sampai muak.

hati saya

hei kamu
nampak itu tanda?
NO ENTRY.

Ya. Kamu dilarang masuk sama sekali
ruangan ini hanya muat seorang
Hanya SEORANG
Dan kamu layaknya tidak sama sekali

Tolong,
Jangan cuba masuk,
Jangan cuba intai,
Jangan cuba jenguk

key note

jap jap jap
Fynn jamal dapat masuk KEY NOTE ye??
OMG OMG!!
I'm soooooo gonna vote for her!

I LOVE YOU FYNN!?

last love

i dont care who's your first love is,
I just wanna be your last love for the rest of your life.
bolehkan sayang? :)

un-update

maaf.
Tiada kesempatan
berkongsi puisi
Berkongsi cerita
Berkongsi pandangan.

*rindui saya ya :)

maafkan aku

puisiku..
Dikaburi rasa cemburu.
Aku Menuduh kamu melulu.
Maafkan aku.

Puisiku..
Aku tahu kau tak begitu.
Aku tahu hanya aku dalam hidup kamu.
Maafkan aku.

Puisiku..
Jangan ada rahsia antara kita.
Tak mahu ini semua berulang.
tak mahu lagi berjauhan.
Maafkan aku.

Maafkan aku puisiku. Maafkan aku.