ikhlas tapi jauh

kau..

lapah
Kekah
Siat
Lahap
Cicah
Kerat
Ratah

Sahaja maruah aku,
berulamkan jantung aku,
Juga bertegukkan air mata aku

Sehingga kau kenyang, puas, enak
Dan bila kau lapar lagi,
Akan ku hidang ini semua
Untuk santapan kau sampai muak.

1 comment: