kikis hati hampir mati

makin terkikis hati hampir mati
makin itu nampak yg sakit
makin itu darah membuak
makin itu dapat terselamat


cuba kikis hati hampir mati
biar nampak inti patri
biar jujurnya teserlah
biar ramai tahu penat lelah
seakan ini seni paling mewah!

duhai hati hampir mati
maaf
aku mohon percaya aku
tuan kamu
akan kota janji tak sakiti, tak kikis lagi
selagi kau janji
jangan kau gunungkan harapan terlalu tinggi


moga yg ini kekal akhir hayat

GAZALI MAHAMAD

tiada apa mampu aku gambarkan dia,
dia adalah pelengkap
AKU

Silam Kita

bila suatu ketikanya nanti
pabila rambut bertukar putih
garis halus hiasi kulit
gigi bertukar plastik

mahu aku senyum kembali
mengingat saat mudanya silam kita
dan terbawa kita kembali
ke saatnya
kita bertemu buat pertama kali

mahu aku nanti
disaat umur menjengah separuh abad
aku masih mahu dianggap
seperti anak kecil
dlm pelukmu, dlm matamu

mahu aku nanti
tiada apa menghalang kita 
berbaring, berfantasi
 hanya kita
dan cerita kita.




To my mr.Grumpy, Gazali Mahamad. to the infinity and beyond ok? <3