bila suatu ketikanya nanti
pabila rambut bertukar putih
garis halus hiasi kulit
gigi bertukar plastik
mahu aku senyum kembali
mengingat saat mudanya silam kita
dan terbawa kita kembali
ke saatnya
kita bertemu buat pertama kali
mahu aku nanti
disaat umur menjengah separuh abad
aku masih mahu dianggap
seperti anak kecil
dlm pelukmu, dlm matamu
mahu aku nanti
tiada apa menghalang kita
berbaring, berfantasi
hanya kita
dan cerita kita.
To my mr.Grumpy, Gazali Mahamad. to the infinity and beyond ok? <3
No comments:
Post a Comment